Cacar Air, Bahaya Kepada Bayi dan Kanak-kanak

by Boba Baby

“Cacar air? Biasalah apabila nak membesar kan? Semua orang akan dijangkiti penyakit ini sekurang-kurangnya sekali.” – Madeline, suri rumah dengan 3 anak.

“Penyakit biasa saja. Sesiapa yang dijangkitinya akan pulih tanpa sebarang masalah.” Nurin, ibu generasi milenium yang bekerja di bank.

“Saya tahu ada vaksin untuk cacar air, tetapi imuniti melalui jangkitan semula jadi lebih baik daripada vaksin ‘tiruan’.” Devi, penulis yang bekerja dari rumah.

Menurut Dato’ Dr Musa Mohd Nordin, orang ramai biasanya mempunyai tanggapan yang salah mengenai cacar air.

Beliau berkata: “Cacar air sebenarnya boleh menjadi lebih parah daripada yang anda sangka. Malah, WHO menganggarkan setiap tahun, cacar air mengakibatkan kira-kira 4.2 juta komplikasi teruk yang membuatkan pesakit dimasukkan ke hospital dan 4,200 kematian di seluruh dunia[1].

“Bayi, remaja, orang dewasa, wanita hamil dan individu yang lemah sistem imunnya menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat komplikasi yang teruk[2].”

Dato’ Musa menerangkan: “Cacar air sangat mudah berjangkit. Ia boleh merebak melalui sentuhan langsung dengan lepuh-lepuh atau melalui udara apabila seseorang yang dijangkiti itu batuk, bersin atau menghembuskan nafas1. Seseorang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus tersebut 1 hingga 2 hari sebelum ruam mula timbul tanpa menyedarinya[3]. Individu tersebut boleh menjangkiti orang lain hingga semua lepuh menjadi kuping, dan ini mengambil masa kira-kira 7 hari3,[4].”

“Mereka berharap anak-anak mereka akan mendapat jangkitan cacar air yang ringan. Namun, anak-anak ini boleh mendapat komplikasi yang mengancam nyawa…”

Tambah beliau: “Jangkitan ini biasanya tidak begitu teruk untuk kanak-kanak berbanding orang dewasa1. Oleh itu, sesetengah ibu bapa sengaja mendedahkan anak-anak mereka yang belum diberi vaksin kepada virus tersebut dengan membiarkan anak-anak mereka bergaul dengan kanak-kanak yang menghidap cacar air. ‘Parti cacar air’ seperti ini boleh menjadi sangat berbahaya.

“Mereka berharap anak-anak mereka akan mendapat jangkitan cacar air yang ringan. Namun, anak-anak ini boleh mendapat komplikasi yang mengancam nyawa seperti radang otak, jangkitan bakteria pada kulit, jangkitan dalam aliran darah dan jangkitan paru-paru2.”

Dato’ Musa menekankan bahawa adalah lebih baik untuk anak-anak mendapat imuniti cacar air melalui vaksinasi[5]. Beliau berkata: “Mengapa perlu menghadapi ketidakselesaan, penderitaan dan risiko komplikasi yang serius sedangkan semua ini boleh dielakkan?

“Salah satu cara melindungi anak-anak kita daripada cacar air adalah dengan memberikan vaksin.”

“Sekiranya anak anda yang tidak diberi vaksin didekati individu yang dijangkiti cacar air, berbincang dengan doktor anda tentang bagaimana untuk melindunginya daripada dijangkiti penyakit tersebut[6].”

Dato’ Musa menyimpulkan: “Salah satu cara melindungi anak-anak kita daripada cacar air adalah dengan memberikan vaksin[3].”

Setakat ini di Malaysia, vaksin cacar air hanya boleh didapati di klinik-klinik swasta. Klik di sini untuk mencari klinik yang terdekat dan bincang dengan pakar pediatrik tentang pencegahan cacar air untuk anak anda.

Dato’ Dr Musa Mohd Nordin ialah seorang pakar pediatrik dan neonatologi. Beliau telah menjadi ahli pelbagai lembaga penasihat antarabangsa untuk vaksin dan imunisasi. Pada tahun 2012, beliau telah menerima Anugerah Pakar Pediatrik Asia Cemerlang daripada Persatuan Pediatrik Asia Pasifik. Beliau merupakan penerima pertama Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Ar-Razi daripada Persatuan Perubatan Islam Malaysia. Pada tahun 2017, beliau telah menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat FIMA yang disampaikan oleh Presiden Turki di Istanbul.

Artikel sumbangan program Immunise4Life oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Pediatrik Malaysia dan Persatuan Penyakit Berjangkit & Kemoterapi Malaysia. Ketahui lebih lanjut di Immunise2Protect.


Rujukan:
[1]WHO (2014). Varicella and Herpes Zoster Vaccines: WHO Position Paper. Retrieved from https://www.who.int/wer/2014/wer8925.pdf?ua=1. Accessed on 18 Apr 2019.
[2]CDC (2018). Chickenpox Complications. Retrieved from https://www.cdc.gov/chickenpox/about/complications.html. Accessed on 18 Apr 2019.
[3]CDC (2018). Chickenpox Transmission. Retrieved from https://www.cdc.gov/chickenpox/about/transmission.html. Accessed on 18 Apr 2019.
[4]CDC (2018). Chickenpox signs and symptoms. Retrieved from https://www.cdc.gov/chickenpox/about/symptoms.html. Accessed on 18 Apr 2019.
[5]Immunization Action Coalition (n.d.). Varicella (Chickenpox): Questions and Answers. Retrieved from http://www.immunize.org/catg.d/p4202.pdf. Accessed on 18 Apr 2019.
[6]CDC (2016). Chickenpox Vaccination: What Everyone Should Know. Retrieved from https://www.cdc.gov/vaccines/vpd/varicella/public/index.html. Accessed on 18 Apr 2019.
[7]NHS (2017). Chickenpox. Retrieved from https://www.nhs.uk/conditions/chickenpox/. Accessed on 18 Apr 2019.
[8]NHS (2017). Mayo Clinic (n.d.). Diagnosis and Treatment. Retrieved from https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/chickenpox/diagnosis-treatment/drc-20351287.

MY-VVX-00012 06/19

You may also like